Peserta bergambar kenangan ketika menyertai Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Akar Umbi anjuran Team Selangor di Pusat Latihan FAS, Shah Alam. Foto Team Selangor
AGENSISELANGOR

19 individu sertai kursus kejurulatihan bola sepak anjuran Team Selangor

SHAH ALAM, 16 SEPT: Seramai 19 individu menyertai Kursus Kejurulatihan Bola Sepak Akar Umbi anjuran Team Selangor di Pusat Latihan FAS, di sini pada 10 September lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata peserta mendapat bimbingan daripada pelatih bertauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia.

“Kursus ini adalah program susulan daripada program Klinik Asas Bola Sepak yang telah dijalankan di sembilan lokasi dalam Selangor.

“Mereka yang hadir pada kursus ini mempunyai latar belakang yang pelbagai namun bersemangat dan menawarkan diri untuk menjadi jurulatih,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Syahaizel  memberitahu Jelajah Klinik Asas Bola Sepak akan diteruskan di empat lokasi dengan sasaran peserta seramai 120 orang.


Pengarang :