Orang ramai melawat reruai Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 8 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

20 syarikat pelbagai sektor sertai Pavilion Selangor di MIHAS 2022

KUALA LUMPUR, 8 SEPT: Sebanyak 20 syarikat pelbagai sektor mengambil bahagian di Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2022) ke-18 yang bermula semalam hingga Sabtu ini.

EXCO pengguna dan industi halal berkata syarikat pempamer berkenaan termasuklah pengusaha makanan dan minuman, penjagaan diri, kesihatan, pendidikan dan logistik.

“Ini merupakan penglibatan julung kali jawatankuasa tetap industri halal ke MIHAS. Fokus kita untuk mencari pelabur luar disamping padanan perniagaan bagi menembusi pasaran lebih besar.

“Menerusi Pavilion Selangor ini juga, peniaga dan usahawan dijamin mampu menambahkan produktivi mereka selain meluaskan jaringan kerja sehingga ke peringkat antarabangsa,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni hari ini.

EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni menandatangani plak perasmian ketika merasmikan Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 8 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Terdahulu beliau merasmikan Pavilion Selangor di MIHAS 2022 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Mohd Zawawi berkata Pavilion Selangor turut menarik penyertaan sebuah salon kecantikan yang beroperasi di Kedah.

“Ramai yang mahu sertai reruai ini namun kita terpaksa hadkan. Selangor mempunyai potensi besar industri halal malah lebih separuh dari 8,000 penerima sijil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia beroperasi di Selangor,” katanya.

MIHAS tahun ini diadakan secara hibrid dan mempamerkan 1,196 reruai membabitkan 13 kluster utama menyasarkan capaian jualan sehingga RM1.9 bilion.


Pengarang :