Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

2,226 kes baharu Covid-19, seorang meninggal dunia

SHAH ALAM, 9 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini semalam kekal pada paras 2,000 dengan merekodkan 2,226 kes.

Menurut laman sesawang CovidNow, catatan tersebut sedikit menurun berbanding Rabu lalu iaitu 2,428 kes, yang mana dua daripadanya adalah kes import.

Pertambahan itu menyaksikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,799,663 kes.

Dalam pada itu, satu kes kematian dilaporkan iaitu meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan (BID) sekali gus menjadikan angka keseluruhan yang terkorban adalah 36,270 kes.

Manakala kes pulih pula sebanyak 1,894 dan sehingga ini jumlah kumulatif meningkat kepada 4,735,993 kes.


Pengarang :