Petugas kesihatan lengkap berpakaian sut pelindung diri (PPE) membantu orang ramai yang hadir di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan Selangorkini pada 17 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDANASIONAL

2,328 kes baharu Covid-19, sembilan kematian dilapor

SHAH ALAM, 3 SEPT: Sebanyak 2,328 kes baharu Covid-19 direkodkan di negara ini setakat semalam yang mana tiga daripadanya kes import, lapor laman sesawang COVIDNOW.

Menerusi perkongsian data itu juga sebanyak sembilan kematian dilaporkan yang mana tiga daripadanya kematian di luar hospital.

Sejumlah 1,305 pesakit menerima rawatan hospital manakala 79 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 19 lagi di pusat kuarantin sementara.

Setakat ini jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 ialah 4,787,308 kes, manakala 36,234 kematian dan 4,719,910 kes sembuh.


Pengarang :