Seramai 266 peserta memeriahkan pertandingan memancing Team Selangor di Sungai Selangor berlangsung di Jeti Aliotte Kampung Tanjung Siam Baru, Kuala Selangor pada 21 Ogos 2022. Foto TEAM SELANGOR
AGENSISELANGOR

266 sertai pertandingan memancing Team Selangor, rebut hadiah RM3,600

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seramai 266 peserta menyertai pertandingan memancing di Sungai Selangor bertempat di Jeti Aliotte Kampung Tanjung Siam Baru, Kuala Selangor pada 21 Ogos lalu.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman berkata hadiah terkumpul ditawarkan adalah sebanyak RM3,600 bagi pelbagai kategori dipertandingkan.

“Antara kategori itu ialah udang terberat, udang telur terberat, ikan terberat dan misteri.

“Pemenang juga menerima piala, medal, peralatan memancing dan hamper. Turut menjadi tarikan peserta ialah cabutan bertuah sampan bernilai RM2,950,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau memaklumkan program itu mendapat kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Majlis Perwakilan Komuniti Kampung Tanjung Siam Baru, Adabi dan Team Selangor.

“Pertandingan ini dianjurkan bukan sahaja untuk mengisi masa lapang bahkan dapat mengeratkan hubungan di antara pengunjung.

“Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut hadir beramah mesra dengan pengunjung. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang,” katanya.


Pengarang :