Aksi anak orang asal dalam program Klinik Asas Bola Sepak Khas Orang Asal di Padang Bola Sepak Desa Temuan. Foto Facebook Team Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

30 bakat muda orang asal sertai klinik asas bola sepak Team Selangor

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seramai 30 bakat muda dalam kalangan orang asal menyertai klinik asas bola sepak anjuran Team Selangor dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Lanjan.

Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman berkata program berlangsung di padang bola sepak Desa Temuan dengan pemain dibimbing oleh tiga jurulatih FA Selangor.

Menurut beliau program diadakan memberi peluang kepada orang asal di Desa Temuan untuk menimba ilmu asas bola sepak daripada jurulatih yang bertauliah.

“Dalam masa yang sama, program dapat mendekatkan masyarakat khususnya anak muda bersama pemimpin kawasan terlibat.

“Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang turut hadir memberi sokongan serta memeriahkan program pada kali ini,” katanya ketika dihubungi.


Pengarang :