Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

500 baucar RM10 diagih bantu rakyat dalam program jualan murah

PETALING JAYA, 4 SEPT: Ahli Parlimen Sungai Buloh menyediakan 500 baucar bernilai RM10 kepada penduduk yang hadir ke Program Jualan Prihatin Rakyat di Kota Damansara hari ini.

R Sivarasa berkata baucar itu diberikan kepada mana-mana warga tempatan khususnya yang berpendapatan rendah (B40) untuk membeli barang keperluan harian.

“Kita membuka kaunter penebusan khas bagi memudahkan mereka mengambilnya. Ini merupakan inisiatif untuk membantu rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barangan.

“Sambutan diterima menggalakkan dan kita harap penduduk menikmati manfaat diberikan,” katanya kepada SelangorKini.

Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Tambahnya, pihaknya akan meneruskan pemberian baucar kepada penduduk sepanjang berlangsung program jualan murah di kawasan parlimennya.

Program bermula 9 pagi di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu berlangsung sehingga 12 tengah hari menjual pelbagai barangan asas dengan harga murah berbanding pasaran.

Antaranya ayam dijual RM16 seekor, minyak masak (RM2.50 sekilogram), telur ayam gred B (RM12.50 sepapan), sayur dan buah-buahan (harga dari ladang) serta ikan kembung/selayang (RM10 per pek).

Program jualan murah barangan asas itu dianjurkan bagi mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga barang.


Pengarang :