Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang memantau air pasang besar di kawasan pesisiran pantai di Klang pada 5 November 2021. Foto Bomba Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Air pasang besar diramal di Pelabuhan Klang esok, penduduk diminta waspada

SHAH ALAM, 10 SEPT: Penduduk Klang disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok hingga Rabu antara jam 6 hingga 8 pagi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang memaklumkan fenomena yang berlaku serentak dengan monsun timur laut itu berisiko mengakibatkan banjir dan runtuhan ban.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

“Bilik gerakan bencana daerah Klang akan turut dibuka mulai Ahad 11 September 2022,” katanya dalam kenyataan dikongsi di Facebook.

Fenomena sama diramal berlaku pada 27 hingga 29 September antara jam 6 hingga 8 pagi.

Berdasarkan perkongsian info grafik Stesen Pelabuhan Klang dijangka mencatat bacaan paras air laut sehingga 5.5 meter.


Pengarang :