Nursyafikah Awanis Ahmad Zamri menyumbangkan pingat emas menerusi sukan pelayaran acara ILCA 4 wanita yang berlangsung di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi. Foto Facebook MSN Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Altet pelayaran wanita Selangor sambar emas di SUKMA ke-20

SHAH ALAM, 23 SEPT: Selangor berjaya meraih pingat emas menerusi sukan pelayaran acara ILCA 4 wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Majlis Sukan Negeri Selangor menerusi Facebook memaklumkan pingat tersebut disumbang atlet Nursyafikah Awanis Ahmad Zamri dalam saingan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Langkawi.

Kontinjen negeri memulakan cabaran dalam temasya dwitahunan itu dengan memperoleh emas pertama disumbangkan atlet wusyu Mandy Cebelle Chen.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.


Pengarang :