Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat tujuh daerah di Selangor, KL dan Putrajaya pagi ini

SHAH ALAM, 18 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang tujuh daerah di Selangor sehingga jam 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan kawasan terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca buruk sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 


Pengarang :