Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli pelbagai jenis barangan asas yang djual murah berbanding harga pasaran sempena Jelajah Ehsan Rakyat di Jalan Nova U5/M, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 20 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Bantuan RM300 sebulan, ADN Kota Damansara turun padang cari keluarga susah

SHAH ALAM, 20 SEPT: Lebih 600 ketua isi rumah di Dewan Undangan Negeri Kota Damansara bakal menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM3,600 setahun.

Wakil rakyatnya Shatiri Mansor berkata setakat ini lebih 100 penerima sudah mendapat bantuan bulanan berjumlah RM300 itu manakala agihan kepada baki penerima akan disalurkan secepat mungkin.

ADN Kota Damansara Shatiri Mansor. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Beliau memaklumkan selain meneliti dokumen, pihaknya juga turun padang ke rumah pemohon bagi memastikan hanya keluarga layak mendapat skim berkenaan.

“Proses kelulusan agak ketat. Kita akan pergi ke rumah mereka untuk melihat keadaan, jumlah tanggungan selain mendengar masalah lain.

“Aktiviti turun padang ini diadakan setiap hari supaya lebih ramai lagi dapat dibantu. Bingkas ini dapat membantu mereka untuk berbelanja,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Jelajah Ehsan Rakyat di Jalan Nova U5/M, Kota Damansara, Petaling Jaya di sini, hari ini.

Bingkas merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan pada akhir Jun bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Pada 1 Ogos, EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim memaklumkan bayaran Bingkas diagihkan menerusi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.


Pengarang :