AGENDANASIONAL

Bayi bertali pusat tanpa pakaian ditinggal di gerai makan

SHAH ALAM, 3 SEPT: Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditinggalkan tanpa pakaian di gerai menjual makanan di sebuah kampung di Lahad Datu, Sabah pagi semalam.

Ketua polis daerah Lahad Datu berkata bayi baru lahir itu ditemukan pemilik gerai berkenaan ketika hendak memulakan perniagaannya pada jam 7 pagi, lapor Harian Metro.

“Bayi itu dipercayai baru dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram dan ditemui di atas gerai jualan makanan tanpa sebarang pakaian.

“Bayi terbabit kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu oleh ambulans bagi mendapatkan rawatan,” kata Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai mempunyai maklumat kejadian menghubungi talian hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau Inspektor Marlisa Maedika@ Mardeka di talian 016-2194554.


Pengarang :