EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud (tengah) dan Pengurus Besar Yawas Gan Pei Nei (kiri, empat) bergambar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yawas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor bagi memperkasakan program Anak Istimewa Selangor (Anis) di Hotel De Palma, Shah Alam pada 16 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Belanja RM1 juta laksana kursus kemahiran belia OKU, tingkat peluang kerja

SHAH ALAM, 27 SEPT:  Kerajaan Negeri memperuntukan RM1 juta bagi menjayakan program Pusat Sokongan Kehidupan Berdikari (ILCS) kepada golongan Anak Istimewa Selangor (Anis).

Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berkata program dikhususkan kepada peserta berusia 17 hingga 22 tahun itu bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.

“Pendaftaran telah dibuka dan boleh dilakukan menerusi  https://www.anisselangor.com/sediakerja. Mereka yang layak akan menerima panggilan untuk temu duga.

“Pemohon  mesti berumur 17 hingga 22 tahun, mempunyai masalah pembelajaran, mampu mengurus diri, mengusai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Ibu, bapa dan penjaga pemohon juga mestilah pengundi di Selangor,” kata Gan Pei Nei pada sidang media program ILCS di Hotel De Palma di sini, hari ini.

Beliau berkata kursus yang ditawarkan adalah bidang jahitan, bakeri, pengurusan pejabat, teknologi digital dan kecerdasan buatan.

“Mereka akan menjalani orientasi selama seminggu. Peserta yang berjaya akan menyambung kursus kemahiran selama tiga bulan atau hingga enam bulan mengikut kursus dipilih,” katanya.

Pada 16 Ogos, EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata Selangor akan mewujudkan ILSC di setiap daerah bagi memberi latihan dan kemahiran kepada orang kelainan upaya (OKU).

Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan bagi mengenal pasti lokasi penubuhan pusat terbabit.


Pengarang :