Paras air laut di perkampungan nelayan Bagan Hailam, Pelabuhan Klang masih terkawal pada paras 5.5 meter berikutan fenomena air laut pasang besar ketika tinjauan pada 12 September 2022. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Bilik gerakan bencana dibuka, siap siaga hadapi air pasang besar

SHAH ALAM, 27 SEPT: Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang dibuka kepada orang ramai bermula hari ini hingga 29 September susulan fenomena air pasang besar di kawasan itu.

Menerusi poster yang dikongsi di Twitter Pejabat SUK Selangor, bacaan paras air laut dijangka mencecah 5.3 meter dengan paras tertinggi 5.4 meter pada Rabu.

“Fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada 27, 28 dan 29 September 2022. Orang ramai diminta bersedia dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling,” maklum pejabat SUK.

Turut dikongsikan talian perhubungan bencana daerah Klang yang boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan atau maklumat terkini berhubung fenomena tersebut.

Beberapa lokasi berpotensi banjir akibat air pasang besar di kawasan Klang dan Kuala Langat masih terkawal meskipun paras air meningkat kepada 5.3 meter pagi ini.

Antara lokasi yang dipantau ialah Taman Selat Damai, Pandamaran, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang dan Jeti Nelayan Pengkalan Nelayan Tok Muda di Klang.

Manakala lokasi tumpuan di Kuala Langat ialah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Cunang dan Jeti Tanjung Sepat.


Pengarang :