Orang ramai melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa pada 14 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 2,245 kes baharu, 12 meninggal dunia semalam

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam kekal pada paras 2,000 dengan 2,245 kes iaitu sedikit meningkat berbanding 2,111 pada Rabu.

Menurut data CovidNow Kementerian Kesihatan, daripada jumlah itu hanya enam kes import direkodkan dan perkembangan kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,826,220 kes.

Sebanyak 12 kematian dicatatkan semalam dengan tujuh daripadanya adalah kes di luar fasiliti kesihatan (BID) dan jumlah kumulatif ketika ini 36,342.

Manakala kes sembuh pula adalah 1,901 dan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan 4,764,219 kes.

Setakat semalam, terdapat sebanyak 25,659 kes aktif dengan 95.2 peratus (24,440 kes) menjalani kuarantin di rumah, 4.5 peratus (91,163 kes) dirawat di hospital manakala 0.2 peratus (55 kes) di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Pengarang :