Orang ramai melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu bersama keluarga di Taman Tasik Titiwangsa pada 14 Ogos 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal bawah paras 2,000, lima kematian

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kekal bawah paras 2,000 dengan 1,847 kes dicatatkan semalam.

Menurut data di laman web https://covidnow.moh.gov.my, negara merekodkan 1,990 kes pada 9 September, 1,971 kes (10 September) dan 1,483 kes (11 September).

Pertambahan kes baharu tersebut menjadikan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,806,964 kes dengan 26,033 daripadanya kes aktif.

Setakat semalam, 24,752 kes menjalani kuarantin kendiri, 1,204 kes menerima rawatan di hospital, 67  kes di unit rawatan rapi (ICU) dan 10 kes di pusat kuarantin sementara.

Data turut menunjukkan kadar penggunaan kemudahan ICU seluruh negara sebanyak 60.6 peratus dengan kes Covid-19 merangkumi 18.3 peratus.

Semalam, lima lagi kematian dilaporkan termasuk satu kes di luar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik 36,285 kes.

 


Pengarang :