Petugas kesihatan mengekstrak sampel saringan Covid-19 bagi mengesahkan status kes di Institut Penyelidikan Perubatan, Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kembali lepasi paras 2,000 kes, lima lagi terkorban

SHAH ALAM, 15 SEPT: Jangkitan harian Covid-19 di negara ini kembali lepasi paras 2,000 kes dengan 2,431 termasuk lapan kes import dicatatkan semalam.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,811,327 kes.

Dalam tempoh sama, lima lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik 36,296 kes.

Sebelum ini, jangkitan harian Covid-19 berada bawah paras 2,000 kes selama lima hari berturut-turut sejak 9 September.


Pengarang :