Pengunjung membuat persiapan awal dengan memilih pakaian untuk digayakan sempena perayaan Deepavali ketika tinjauan di Little India, Klang pada 25 Oktober 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Deepavali: Hijrah Selangor tawar pinjaman i-Bermusim kepada peniaga bazar

SHAH ALAM, 28 SEPT: Peniaga yang mengambil bahagian dalam Bazar Deepavali akan ditawarkan pinjaman i-bermusim Hijrah Selangor, maklum EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata tawaran itu terbuka kepada mereka yang mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi melancarkan peniaga menjalankan operasi, mereka akan dibantu menerusi program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) untuk mendapatkan lesen.

“Sitham mengambil langkah proaktif bagi membantu penganjur Bazar Deepavali di Selangor memperolehi lesen perniagaan atau pun penganjuran Bazar. Peniaga yang mengambil bahagian dalam Bazar Deepavali dengan lesen Majlis akan ditawarkan pinjaman i-bermusim Hijrah Selangor.

“Sitham akan bekerjasama dengan Jabatan Lesen Majlis bagi mempermudahkan permohonan lesen penganjuran Bazar Deepavali dan membuka ruang kerjasama strategik bagi membantu usahawan kecil,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Sitham Selangor mengadakan perjumpaan khas bersama Jabatan Lesen PBT seluruh Selangor bagi membincangkan mengenai penganjuran Bazar Deepavali atau Karnival Deepavali di peringkat PBT.

Mesyuarat dihadiri oleh pegawai dan wakil Jabatan Perlesenan Majlis dari seluruh Selangor.

 


Pengarang :