AGENDANASIONAL

Dua daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 4 petang

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor sehingg 4 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama juga dijangka di beberapa negeri seperti seluruh Perlis, Kedah di Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar; Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

Manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Sabah di Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :