Sebahagian mangsa banjir kilat yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Sri Gading, Batu Pahat, Johor pada 14 September 2022. Foto Facebook SMK Sri Gading
AGENDANASIONAL

Dua pusat pemindahan sementara di Pontian, Batu Pahat ditutup sepenuhnya

BATU PAHAT, 23 SEPT: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini dan di daerah Pontian, telah ditutup selepas banjir surut sepenuhnya, hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pontian yang dibuka semalam, ditutup pada pukul 10 pagi tadi setelah air banjir di kediaman mangsa mulai surut.

Sekolah tersebut menempatkan 13 mangsa daripada dua keluarga setelah kawasan di Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya di daerah itu dinaiki air akibat hujan lebat.

Manakala, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, di sini, yang dibuka sejak Rabu lepas, ditutup pada pukul 6 petang ini.

PPS tersebut yang menempatkan 44 mangsa daripada 11, ditutup selepas dibuka selama sembilan hari.

– BERNAMA


Pengarang :