ADNSELANGOR

DUN Pandan Indah tawar baucar beli-belah RM100 sempena Deepavali

SHAH ALAM, 21 SEPT: Golongan kurang berkemampuan dalam kalangan masyarakat India di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah dipelawa memohon baucar membeli-belah sempena Deepavali sehingga 26 September ini.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah memaklumkan permohonan baucar Jom Shopping bernilai RM100 setiap satu bermula 12 September itu boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/qdEJVywBMrqKc4Wb9 .

“Penerima bantuan mesti berpendapatan seisi rumah RM3,000 dan ke bawah, warganegara Malaysia dan pengundi berdaftar di DUN Pandan Indah.

“Hanya seorang penerima bantuan sahaja layak menerima baucar bagi setiap keluarga,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, permohonan baucar membeli-belah itu terbuka kepada mereka yang bukan penerima manfaat di bawah program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Permohonan tertakluk kepada kekosongan berdasarkan siapa cepat dia dapat dengan setiap penerima yang berjaya akan dihubungi melalui panggilan telefon.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi Liza Zain (019-2855558) atau Ns Vimala (012-3638751).

Jom Shopping Raya diperkenal dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat mengikut perayaan masing-masing.


Pengarang :