Petugas kesihatan membuat pemeriksaan mata ketika Program Selangor Saring dan Derma Darah DUN Bandar Baru Klang di Klang Parade, Klang pada 7 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Seri Setia taja cermin mata untuk penduduk B40

PETALING JAYA, 24 SEPT: Seramai 150 penduduk dalam kalangan berpendapatan rendah (B40) sekitar DUN Seri Setia menjalani saringan mata di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya hari ini.

Ahli Dewan Negeri Halimey Abu Bakar berkata inisiatif bertujuan mengetahui tahap kesihatan mata penduduk selain menawarkan cermin mata percuma.

“Hari ini kita lakukan untuk 150 penduduk sahaja. Mereka mengisi borang pada Selasa selepas kita menghebahkan program ini.

“Susulan sambutan menggalakkan, kita bakal mengadakan beberapa lagi siri sehingga hujung tahun supaya lebih ramai penduduk mendapat manfaat,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Halimey berkata agihan cermin mata percuma kepada penduduk layak akan dilaksanakan dalam beberapa hari lagi.

“Hari ini hanya lakukan ujian sahaja yang diuruskan oleh pakar mata. Mereka yang bermasalah boleh memilih gaya cermin yang disukai,” katanya.


Pengarang :