Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat daerah di Selangor sehingga jam 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca buruk sama diramal berlaku di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Port Dickson.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

 


Pengarang :