AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 21 SEPT: Empat daerah di Selangor dan seluruh Kuala Lumpur diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Turut diramal keadaan sama beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :