AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Enam daerah Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 pagi

SHAH ALAM, 27 SEPT: Enam daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan adalah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga diramal mengalami cuaca sama.

Cuaca buruk turut diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :