Orang awam berjoging di Taman Tasek Ampang Hilir, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas kerajaan membenarkan aktiviti riadah di taman awam. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO kesihatan kongsi lima petua jaga jantung, saran amal gaya hidup sihat

SHAH ALAM, 29 SEPT: EXCO kesihatan menyarankan orang ramai mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat bagi menjamin kesihatan jantung.

Dr Siti Mariah Mahmud menerusi Facebook berkongsi lima petua menjaga kesihatan organ itu sempena Hari Jantung Sedunia yang disambut hari ini.

Berikut lima petua penjagaan kesihatan jantung:

  • kekal berat badan sihat
    – masak di rumah guna bahan segar
  • kekal tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam lingkungan normal
    – amal diet seimbang, teruskan gaya hidup aktif
  • amal diet baik untuk jantung
    – pilih makanan rendah lemak tepu, kolestrol
  • kekal aktif secara fizikal
    – pilih aktiviti yang anda suka, tingkatkan ikut masa
  • pengurusan stres
    – lakukan aktiviti yoga, meditasi

Prihatin kepada kesihatan jantung, Kerajaan Negeri menyediakan Skim Rawatan Jantung yang menawarkan khidmat rawatan secara percuma khusus kepada individu B40 dan M40.

Menerusi skim berkenaan, individu yang layak akan menerima pembiayaan sehingga RM50.000.


Pengarang :