Pasukan Petanque Selangor, Muhammad Fairuz Muhammad Said dan Nur Adilah Ramli selepas meraih pingat emas dalam acara mixed double di Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 di Arena Petanque Kuala Lumpur pada 21 Sept 2022. Foto Twitter MSN Selangor
AGENDASUKANKINI

Gandingan atlet petanque Selangor raih emas di SUKMA

SHAH ALAM, 21 SEPT: Pasukan petanque Selangor merangkul emas dalam acara mixed double pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 hari ini.

Pingat itu diraih pasangan Muhammad Fairuz Muhammad Said dan Nur Adilah Ramli pada temasya yang berlangsung di Arena Petanque Kuala Lumpur.

“Pasukan petanque Selangor menyumbangkan pingat emas menerusi gandingan Muhammad Fairuz Muhammad Said dan Nur Adilah Ramli bagi acara mixed double yang berlangsung di Arena Petanque Kuala Lumpur.

“Terima kasih dan tahniah,” tulis Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor di Instagram.


Pengarang :