ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri memantau JPS Klang menjalankan kerja mengorek, bersihkan lima parit sekitar Pelabuhan Klang persediaan hadapi Monsun Timur Laut. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Hadapi Monsun Timur Laut, JPS bersih lima parit di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 20 SEPT: Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Klang mengorek semula lima parit sekitar Pelabuhan Klang sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut dan fenomena air pasang besar.

Wakil rakyatnya berkata kerja itu dilakukan di Kampung Teluk Nipah, Pulau Indah; Jalan Ikan Parang dan Jalan Udang Gertak; Jalan Ikan Tenggiri dan Udang Tampang; Jalan Ikan Yu Dan Jalan Tali Air dan Telok Gong, Pelabuhan Klang.

“Sebagai persediaan JPS daerah Klang diminta melakukan pembersihan serta memeriksa semula sistem saliran perparitan di kawasan yang berisiko banjir terutamanya di Kampung Tradisi Pulau Indah dan Kampung Telok Gong Pelabuhan Klang, supaya risiko banjir dapat diatasi.

“Pihak JPS telah memaklumkan mereka akan menjalankan kerja mengorek semula parit serta kerja-kerja berkaitan di kawasan tersebut,” kata Azmizam Zaman Huri di Facebook.

Beliau berkata berdasarkan ramalan, air pasang besar yang dijangka merekodkan ketinggian 5.3 meter pada jam 6.52 pagi 27 September diikuti 5.4 meter pada 7.53 pagi keesokannya dan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6.42 pagi.


Pengarang :