Antara peserta cilik yang menyertai pemeriksaan gigi percuma pada program Jelajah Agenda Nasional Malaysia yang bertempat di Dataran MPKj @Stadium Kajang pada 24 September 2022. Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

Hampir 1,400 penduduk Hulu Langat sertai saringan kesihatan MPKj

SHAH ALAM, 26 SEPT: Seramai 1,397 penduduk sekitar Hulu Langat menghadiri program saringan kesihatan percuma anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Jelajah Agenda Nasional Malaysia yang bertempat di Dataran MPKj @Stadium Kajang menyediakan pemeriksaan kesihatan dan gigi, ujian pap smear, saringan payudara serta konsultasi daripada pegawai perubatan.

Antara program lain termasuk berkelah sarapan pagi bersama keluarga, pameran kesihatan dan interaktif, pelancaran pameran bergerak dan tong kitar semula, demo masakan, pertandingan mewarna serta persembahan badut.

Menurut MPKj di Facebook, pelancaran pameran bergerak pada acara itu akan digunakan bagi aktiviti pameran denggi di taman perumahan sekitar.

Manakala Tong Go Green With 3R MPKj oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) bagi kemudahan komuniti perumahan membuang barangan yang boleh dikitar semula.


Pengarang :