Tinjauan harga petrol di pam minyak sekitar Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Harga RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Harga runcit RON 97 turun 10 sen, manakala harga diesel dan petrol RON 95 tidak berubah bagi tempoh 8 sehingga 14 September ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak dunia, harga siling bagi RON95, dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar produk itu meningkat melebihi harga siling semasa.

Sementara itu, harga runcit petrol RON97 berubah daripada RM4.30 ke RM4.20 seliter.

Menurut MOF harga baharu itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA


Pengarang :