AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa lima daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 2 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima daerah di Selangor sehingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat serta seluruh Pulau Pinang dan Perak.

Keadaan sama dijangka di Kedah meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Kelantan (Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun Dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin).

Negeri Sembilan pula di Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol manakala Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Situasi di Sarawak melibatkan Bintulu dan Miri selain Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :