SELANGOR

Hulu Langat diramal hujan lebat, ribut petir hingga 9 malam

SHAH ALAM, 6 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Langat sehingga 9 malam ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :