EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim (hadapan, tengah) bergambar bersama pempamer Pameran Udara Selangor (SAS 2022), produksi dan pelakon selepas majlis tayangan Airforce The Movie: Selagi Bernyawa di TGV Central i-City, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Invest Selangor rai pempamer SAS 2022, tonton Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

SHAH ALAM, 1 SEPT: Invest Selangor Bhd (Invest Selangor) meraikan lebih 50 pempamer Pameran Udara Selangor 2022 (SAS 2022) dan pengamal media dengan menonton filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.

Turut hadir menonton filem di TGV Central I-City di sini, malam ini adalah EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Datuk Hasan Azhari dan Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia Datuk Steven Lim Boon Siong.

Program turut diserikan dengan kehadiran beberapa pelakon filem yang mencecah kutipan sebanyak RM13 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan seperti Pablo Amirul dan Iman Corrine.

SAS 2022 dijadual berlangsung mulai 8 hingga 10 September ini di Skypark Regional Aviation Centre (RAC), Subang.

Antara syarikat mengesahkan penyertaan dalam SAS 2022 seperti Sapura Aero, Destini Avia Technique, Epic Aero, DJI Academy, Superb Access, BCS Aviation, Bibus Metals, Sirim dan International Aero Training Academy.

Edisi pertama SAS diadakan pada 25 hingga 27 November tahun lalu menarik pelaburan sehingga RM100 juta dengan 12 memorandum persefahaman (MoU) bersama subsektor industri aeroangkasa dimeterai.

Acara yang julung kali diadakan itu turut menyaksikan penyertaan 43 peserta dari tujuh negara, termasuk Turki, Amerika Syarikat, Brazil dan Perancis.

EXCO Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim menerima cenderahati daripada produksi Airforce The Movie: Selagi Bernyawa sempena majlis tayangan filem tersebut di TGV Central i-City, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :