Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas meninjau projek tebatan banjir di Taman Melawis, Klang pada 10 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Isu milikan tanah, Kerajaan HARAPAN tidak pernah nyahwarta kawasan Bukit Cherakah

KLANG, 10 SEPTEMBER: Kerajaan Negeri menyiasat dakwaan syarikat bermodalkan RM2 adalah antara yang diberikan hak pemilikan tanah di Hutan Simpan Kekal Bukit Cherakah.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata kawasan yang dimaksudkan tersebut masih hijau dan belum berlaku sebarang aktiviti pembersihan.

“Kerajaan Negeri tak pernah gazet kawasan itu, yang kita keluarkan sebelum ini siar atau pemakluman mengenai perkara tersebut.

“Saya pasti digambarkan dalam laporan itu bukan kawasan yang diuar-uar. Jika berlaku ia adalah kesalahan dan saya sudah minta pegawai saya ke lapangan untuk ke kawasan yang dikatakan itu.

“Sama ada ia kawasan yang dinyahwarta lama atau baru, tetapi saya lihat dari peta itu ia bukan kawasan yang kita gazetkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai laporan Utusan Malaysia berhubung beberapa syarikat swasta termasuk syarikat bermodalkan RM2 diberikan hak terhadap kawasan berkenaan.

Amirudin menegaskan sejak negeri ini ditadbir Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, pihaknya tidak pernah menyahwarta kawasan Bukit Cherakah

“Sepanjang ingatakan saya kita tak pernah nyahwarta kawasan Bukit Cerakah, pentadbiran ini atau Pakatan Rakyat tak pernah,” katanya.


Pengarang :