Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Muhammad Mustaza Hakimi Norzilan menanda sempadan kawasan yang dicadang sebagai hutan simpan baharu, sekitar 600 meter dari kaki Bukit Broga pada 15 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/ SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jabatan hutan nafi keluar iklan jual lot kuari Bukit Lagong

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menafikan pihaknya mengeluarkan iklan penjualan lot kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong di sebuah laman web.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian sebaliknya berkata semua kuari seluas 28 peratus daripada keseluruhan hutan berkenaan diluluskan mengikut prosuder.

“Perlaksanaan pembangunan kuari ini adalah secara berperingkat mengikut tempoh masa tertentu bagi tujuan mengawal impak kepada alam sekitar selain mengelakkan isu pasaran bahan batuan semasa.

“Berkenaan iklan penjualan lot tanah kuari di laman web EdgeProp, JPNS menafikan wujud sebarang kaitan berhubung iklan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Loy Sian, semua kelulusan kuari diberikan secara lesen kecil selaras dengan Seksyen 28, Enakman (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Katanya, status tanah di kawasan berkenaan juga masih lagi kekal sebagai hutan simpan.


Pengarang :