Kakitangan Sutera Globals Muhammad Hakimin Nor Azime, 20, menitiskan sampel air liur pesakit pada kit ujian kendiri ‘Gmate Covid-19 Rapid Antigen Test’ buatan Korea pada 29 Julai 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jangkitan Covid-19 turun empat hari berturut, rekod 1,964 kes semalam

SHAH ALAM, 11 OGOS: Jangkitan baharu Covid-19 di negara ini menurun untuk empat hari berturut-turut dengan 1,964 kes setakat semalam termasuk tujuh daripadanya membabitkan penularan import.

Data di laman sesawang CovidNow sebelum ini merekodkan 1,988 kes pada kelmarin, 2,226 pada Khamis dan 2,428 kes hari sebelumnya.

Pertambahan itu menyaksikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,765,511 kes.

Dalam pada itu, tiga kes kematian dilaporkan sekali gus menjadikan angka keseluruhan yang terkorban 36,277 kes.

Manakala kes pulih pula sebanyak 2,389 dan sehingga ini jumlah kumulatif meningkat kepada 4,740,398 kes.


Pengarang :