Orang ramai membeli barang keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh , Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah jualan murah diteruskan esok, peluang penduduk berjimat

SHAH ALAM, 28 SEPT: Warga Selangor berpeluang membeli harga barangan makanan mentah dan asas dengan harga lebih rendah berbanding pasaran menerusi Jelajah Ehsan Rakyat, esok.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program jualan murah enam jenis barangan iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak diadakan di sembilan lokasi, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

Berikut lokasi Jelajah Ehsan Rakyat:


Pengarang :