Orang ramai membeli barang keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua yang menawarkan barangan asas segar dengan harga murah berbanding pasaran di Taman Laksamana Permai, Gombak pada 22 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jelajah jualan murah PKPS di sembilan lagi lokasi esok

SHAH ALAM, 24 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat meneruskan program jualan murah ke sembilan lagi lokasi esok dengan membawa barangan keperluan harian.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari akan berlangsung di lokasi tertentu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Rawang, Sungai Tua, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Paya Jaras, Meru, Tanjung Sepat dan Dengkil.

Barang keperluan asas ditawarkan adalah ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

PKPS turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk  program tersebut di seluruh 56 DUN mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.


Pengarang :