Orang ramai membeli barangan keperluan asas menerusi program Jelajah Jualan Ehsan anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di tapak parkir Masjid Al-Bakri Kampung Bukit Naga, Shah Alam pada 18 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jelajah jualan murah singgah DUN Sungai Tua, Subang Jaya esok

SHAH ALAM, 21 SEPT: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri bakal diteruskan di sembilan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi Jelajah Ehsan Rakyat meliputi dataran kedai Majlis Daerah Sabak Bernam Taman Muhibbah (Sabak), pekan Parit 13 (Sungai Panjang), Taman Rajawali (Bukit Melawati) dan town house Laksamana Permai (Sungai Tua).

Jualan turut diadakan di Pangsapuri Angsana Persiaran Subang Mewah (Subang Jaya), pekarangan pejabat ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya Zon 16 (Pandan Indah) dan Dewan MPKK Kampung Cheras Baru (Teratai).

Program juga dijadual berlangsung di Lorong Sungai 2 (Semenyih) dan Kampung Damansara (Bukit Gasing) yang menumpukan jualan seperti ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.


Pengarang :