Orang ramai membeli barang keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh , Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah di sembilan lokasi esok, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 26 SEPT: Lori Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang membawa barangan keperluan harian pada harga murah diteruskan ke sembilan lagi esok.

Jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu berlangsung bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Berikut senarai lokasi JER:

– Depan masjid At Tuqa (DUN Sungai Burong)
– Balai MPKK Kampung Parit Serong (DUN Permatang)
– Dewan orang ramai (DUN Bukit Melawati)
– Puteri Central Park (DUN Kuang)
– Parking PKM DUN Hulu (DUN Hulu Kelang)
– Kompleks Penghulu (DUN Pandan Indah)
– Rumah Pangsa SS19/7A (DUN Subang Jaya)
– Parkir Desa Sepakat (DUN Taman Medan)
– Dataran Al Ulum (DUN Tanjong Sepat)

Program itu menawarkan ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM6 per pek).

Inisiatif jualan murah PKPS melalui lori dianjurkan menerusi program bersama wakil rakyat setempat ke 160 lokasi hingga hujung tahun ini.


Pengarang :