Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah enam jenis barangan dapur di sembilan lokasi hari ini

SHAH ALAM, 14 SEPT: Program jualan barangan asas murah berlangsung di sembilan lokasi terpilih hari ini, mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi Jelajah Ehsan Rakyat bertempat di tapak pukal padi Parit 3 1/2 (Sabak), Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri (Kuang), Bandar Rinching Seksyen 1-2 (Semenyih) dan Kampung Kemensah (Hulu Kelang).

Inisitif jualan murah juga diadakan di Flat Merpati B (Pandan Indah), kawasan parkir Jalan Bukit Badak, SMK Subang (Kota Damansara), Surau Bilal Ibnu Rabah, Persiaran Hamzah Alang (Meru), Taman Cempakasari 2, Batu 4 Jalan Kapar (Sementa) dan Bandar Saujana Putra (Sijangkang)

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu menumpukan jualan enam jenis barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

 


Pengarang :