Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Bukit Melawati di Sasaran Sungai Buloh, Kuala Selangor pada 21 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKIN
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah ayam, ikan, beras diterus ke sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 27 SEPT: Program jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lagi lokasi esok, mulai  9 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi Jelajah Ehsan Rakyat diadakan di pekarangan Surau Insaniah, Taman Seri Indah (Sabak), hadapan Blok B, Apartmen Prima Selayang (Taman Templer) tapak pasar malam AU4 (Hulu Kelang), tapak pasar malam PJS5, Taman Dato Hormat (Seri Setia) dan parkir Masjid As-Salam, PJS1 (Taman Medan).

Jualan murah juga meliputi Dataran Boulevard MBPJ (Bukit Gasing), tapak pasar malam/tani (Kota Damansara), laman letak kereta Hangri Port, Kampung Batu 12 Kapar (Sementa) dan kediaman ketua MPKK Kampung Bukit Hijau (Jeram)

Menerusi jualan murah tersebut, ayam standard dijual pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut menawarkan ikan kembung atau selayang pada harga RM6 setiap pek, minyak masak 5kg(RM25) dan beras 5kg (RM10).

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk menjayakan jualan murah di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 6 September hingga 6 Disember ini melibatkan 160 lokasi.

Maklumat lokasi Jelajah Ehsan Rakyat juga boleh diperoleh dengan melayari pautan https://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :