Orang ramai membeli barang keperluan asas menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua yang menawarkan barangan asas segar dengan harga murah berbanding pasaran di Taman Laksamana Permai, Gombak pada 22 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah PKPS jadi lokasi berulang kali beli barangan asas

GOMBAK, 22 SEPT: Seorang suri rumah mengambil peluang mengunjungi jualan murah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua untuk kali ketiga bagi mendapatkan barangan asas.

Siti Amina Abdullah, 36, berkata sebelum ini beliau kecewa selepas terlepas dua program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) di kawasan terbabit kerana lambat mendapat maklumat.

Siti Amina Abdullah

“Selepas tahu sahaja lokasi dan tarikh saya akan pastikan tidak terlepas peluang ini lagi, jadi ini kali ketiga saya datang ke jualan murah ini.

“Rugi jika terlepas peluang kerana harga yang ditawarkan sangat-sangat murah dan amat membantu golongan seperti saya,” katanya pada program berkenaan di Laksamana Permai di sini, hari ini.

Sementara itu, pemandu lori, N Balan, 54, sanggup membeli ayam kali kedua walaupun pagi tadi sudah membelinya di pasar.

N Balan

“Saya tak tahu ada jualan murah, bila jalan kawasan sini baru tahu ada jadi saya beli juga walaupun sudah beli pagi tadi.

“Saya harap diadakan lagi selepas ini dengan lebih banyak iklan makluman di kawasan sekitar bagi rakyat mengetahui ada program ini,” katanya.

Program JER yang bermula 6 September sehingga 6 Disember hadapan menawarkan jualan harga barangan makanan pada harga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.


Pengarang :