Sungai Tengi menjadi pemisah hutan simpan Sungai Panjang (kanan) yang baharu diwartakan dengan Hutan Simpan Sungai Dusun. Hutan Simpan Sungai Karang terletak berhampiran kawasan ini
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jumlah luas hutan simpan negeri bertambah walau ada kuari

SHAH ALAM, 29 SEPT: Keluasan hutan simpan di Selangor meningkat sebanyak 3.5 peratus sejak 2008 hingga kini meskipun ada aktiviti kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata hutan simpan negeri bertambah daripada 241, 568.30 hektar pada 2008 kepada 250,250.33 hektar pada 2021, pertambahan sebanyak 6,862 hektar.

“Pelaksanaan dan kelulusan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) dan Laporan Skim Kuari adalah diwajibkan sebelum sebarang aktiviti pengkuarian dimulakan,” katanya.

Beliau menambah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan agensi berkaitan juga membuat pemantauan bersepadu bagi memastikan tiada pelanggaran syarat itu.

Pada 14 Februari, Loy Sian memaklumkan Selangor menyasarkan 33.3 peratus kawasan di negeri ini sebagai hutan simpan kekal menjelang 2030.

Jelas beliau, berkata buat masa ini hutan simpan kekal merangkumi kira-kira 32.5 peratus daripada keluasan negeri.

 


Pengarang :