Ketua Kampung Sungai Kertas, Jamil Azaman Razak bercakap kepada Media Selangor ketika program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di laman Bougainvilla, Gombak pada 25 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
SELANGOR

Karnival Sukan Kampung Sungai Kertas erat hubungan penduduk

Oleh Zulaikha Zulkifli

GOMBAK, 26 SEPT: Karnival Sukan Kampung Sungai Kertas mengeratkan lagi hubungan kejiranan selepas dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Kampung Sungai Kertas Jamil Azaman Razak berkata penduduk teruja untuk menjayakan karnival yang menjadi acara tahunan sejak 2015.

“Dua tahun kita tak buat karnival ini kerana pandemik dan sekarang kita putuskan untuk adakan karnival ini bersama-sama Jualan Ehsan Selangor serta jualan daripada peniaga kecil-kecilan.

“Program yang kita adakan semuanya untuk kita bergembira. Alhamdulillah kita dapat sokongan daripada banyak pihak untuk jalankan program kemasyarakatan seperti ini untuk kita eratkan lagi silaturahim antara masyarakat, anak-anak serta jiran-jiran,” katanya ketika ditemui semalam.

Pelbagai acara disediakan antaranya kejohanan bola jaring bawah 18 tahun, pertandingan sepak takraw, pertandingan futsal serta pertandingan karaoke.

Acara sukaneka juga disediakan bagi meraikan kanak-kanak Kampung Sungai Kertas.


Pengarang :