Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir memantau kerja membersihkan longkang pada program gotong-royong pascabanjir di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 6 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

KDEBWM pelawa orang ramai salur aduan longkang tersumbat di WhatsApp

SHAH ALAM, 18 SEPT: KDEB Waste Management (KDEBWM) mempelawa orang ramai menghantar aduan atau melaporkan keadaan longkang tersumbat di kawasan masing-masing menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-274 2824.

Agensi berkenaan berkata langkah itu bagi memastikan sistem saliran longkang yang baik dan persiapan menghadapi banjir pada November depan seperti diramal Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Kami juga ingin menyeru orang ramai agar mengambil langkah awal dengan membersihkan longkang di kawasan perumahan masing-masing agar pengalirannya lebih baik.

“Jika longgokan sampah yang banyak di dalam longkang, ia akan tersumbat dan aliran air yang deras akibat banjir akan menyukarkan lagi keadaan,” tulisnya di Facebook.

Berikut langkah awal perlu diambil orang ramai atasi longkang tersumbat:

  • pastikan tiada longgokan sampah dalam longkang
  • elak buat penyambungan paip dalam longkang
  • pastikan longkang mengalir tidak tersumbat
  • elak letak sampah pukal di tepi longkang terbuka

 


Pengarang :