Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Ceramah Mega Jelajah Pakatan Harapan Selangor di Dewan Serbaguna Seksyen 7 Kota Damansara, Petaling Jaya pada 23 Julai 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kekalkan kesepaduan dalam HARAPAN, ganda usaha dekati rakyat

SHAH ALAM, 11 SEPT: Anggota Pakatan Harapan (HARAPAN) digesa untuk terus menjalin kesepaduan bagi memastikan Selangor kekal ditadbir kerajaan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jentera parti juga disaran memperhebatkan lagi usaha mendekati rakyat.

“Saya tegaskan supaya kekalkan kesepaduan, pastikan semua jentera digembleng dan memastikan sasaran pengundi yang ingin dibawa keluar.

“Selangor ada pengundi kukuh yang besar dan mereka ini yang akan menentukan kejayaan. Kalau dapat digerakkan mereka di lapangan, saya percaya dapat kekalkan Selangor sekali lagi,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau majlis pelancaran Jentera PRU15 HARAPAN Shah Alam di Midland Convention Centre, di sini.

Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar turut menyuarakan keyakinan bahawa masyarakat kosmopolitan di negeri ini lebih terbuka dan tidak mudah terpedaya dengan permainan politik kaum yang sempit.

“Setelah tiga penggal memerintah Selangor yang dahulu di bawah Pakatan Rakyat kini HARAPAN, kita menyediakan program-program pembangunan masyarakat Islam dan kampung tradisi.

“Oleh demikian, tiada kebimbangan perlu ditakutkan seperti dibawa pihak lain kerana kita dapat buktikan semua hidup aman damai dan tiada perbalahan,” katanya.


Pengarang :