Pengerusi Jawatankuasa Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Hashim Meon melakukan gimik perasmian sempena Bulan Pembebasan Riqab di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 1 September 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kempen bulan pembebasan ar-riqab dedah usaha Mais atasi masalah asnaf

SHAH ALAM, 2 SEPT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) melancarkan kempen bulan pembebasan ar-riqab sepanjang September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Riqab memaklumkan kempen itu diadakan bertujuan menyebar luas maklumat dan kesedaran masyarakat di Selangor tentang asnaf riqab.

Jelas Tan Sri Hashim Meon, antara aktiviti dan program yang dirangka seperti Forum Riqab, Ceramah Kesedaran Kesihatan, Program Bimbingan Asnaf Riqab dan pelbagai lagi secara fizikal dan dalam talian.

“Asnaf riqab ini merupakan individu yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram serta yang terpesong agamanya.

“Dengan adanya kempen ini, selain dapat beri pendedahan kepada masyarakat, kita juga mahu memberi kefahaman kepada asnaf riqab berhubung masalah sosial dan kesihatan serta memupuk kesedaran perlunya kerjasama dalam mengatasi masalah-masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen tersebut di Hotel Mardhiyyah di sini yang turut dihadiri Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar.


Pengarang :