Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur pada 1 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerajaan digesa bawa usul khas tangani krisis harga barang, ringgit jatuh

SHAH ALAM, 27 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan membawa usul khas menangani krisis kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Ketua kembangkang itu memaklumkan beliau telah mengutus surat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat bagi mengambil tindakan segera menangani krisis berkenaan.

“Permasalahan ini ternyata amat mengesankan rakyat serta negara dan ia perlu ditangani dengan kadar segera.

“Justeru itu, saya mencadangkan sama ada kerajaan untuk membawa usul khas terkait permasalahan ini atau memberi laluan kepada saya selaku Ketua Pembangkang untuk mengemukakannya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mencadangkan permasalahan tersebit diberi keutamaan untuk dibahaskan dalam minggu pertama sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 3 Oktober depan.


Pengarang :