AGENDANASIONAL

Kereta rempuh penghadang jalan, hasrat hadiri konvokesyen bertukar tragedi

SHAH ALAM, 22 SEPT: Hasrat lima pelajar Universiti Teknologi Mara Shah Alam untuk menghadiri majlis konvokesyen bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di Ulu Bernam pagi tadi.

Dalam kejadian di Kilometer 396 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sekitar 5.30 pagi, seorang daripada lima mangsa parah manakala yang lain cedera ringan, lapor Berita Harian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.35 pagi dan mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, kemalangan membabitkan kereta Proton Saga dinaiki lima wanita telah terbabas melanggar penghadang jalan.

“Akibat kemalangan itu, seorang mangsa tersepit di bahagian hadapan. Pihak bomba kemudian menjalankan operasi bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa berusia 21 tahun dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

 


Pengarang :